Pages

Subscribe

Monday, September 24, 2012

Pilihanraya Kampus (PRK) dan Kriteria Memilih pemimpin

Di dalam konteks kepimpinan terutamanya dalam memilih pemimpin, buku "Kepemimpinan Al-fateh" karya Muhammad Syaari Abdul rahman menyebut, pemimpin mestilah seorang yang mampu memimpin dan mampu menjaga amanah.

Ianya menyebut lagi, dalam memilih pemimpin, pemimpin tersebut mestilah seorang yang bersemangat kuat dan mampu membimbing manusia kembali kepada Allah ta'ala didalam semua aspek kehidupan dunianya. Kerana amanah kepimpinan ini akhirnya adalah kembali pada Allah ta'ala.


Siapa yang tidak kenal pemuda seperti sultan muhammad al-fateh. Ianya pemimpin yang wajin dan harus perlu kita teladani. Beliau amat berkaliber sehinggakan mampu membawa kapal perang melalui gunung2 menyerang kota byzantine dalam hanya berumur 21 tahun! Dalam masa yang sama beliau tidak pernah tinggal solat berjemaah 5 waktu mahupun solat sunat diwaktu malam. Inilah pemuda yang dicintai Allah ta'ala yang dirakamkan kehadirannya oleh hadis rasullah s.a.w yang menyebut :



“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”  

Di UIAM sendiri, kebanyakan antara kita malu untuk menyatakan diri mereka untuk bertanding, apabila disebut "tak nak bertanding SRC ke?" "poyo gler ko bertanding SRC" "nak mencapub bertanding SRC" "SRC bukan ada duit pun, SRC politik semata-mata". "Benda2 yang korg buat ni time ni jela, pastu, sombong balik, jadi hikpokrit balik." bahkan ada yg menyalahkan student yg bgai nak rak berpolitik tapi kebajikan pelajar tak dijaga. Bg sy, alasan seperti ini adalah alasan yang tidak benar dan mencerminkan intelektual seorang pelajar. Mereka yg berkata seperti ini tidak lain hanyalah sebuah tin kosong, tidak tahu apa erti sebenar pemimpin dan tuntutannya dalam islam. Dulu kita lihat rasulallah hantar, lantik dan tauliahkan Muas'ab umair pd perjanjian aqabah pertama utk ajar penduduk yathrib erti islam. Ianya satu tugas dakwah bkn kosong semata2. bahkan kita lihat terlalu banyak pemimpin-pemimpin yang dilantik dizaman rasulallah s.a.w untuk menadi ketua dan m,embawa agenda dakwah dan tugas mentadbir negara.

Sama juga dalam konteks pelajar didalam berorganisasi, tanpa organisasi, anda tak mampu berada keadaan selesa sekarang ini. Pasti banyak masalah pelajar yang anda akan hadapi terutamanya dari segi kebajikan dan sebaganya. Apapun sy nk ucapkan tahniah kepada calon2 yang mampu bertanding dan berani bertanding diperingkat majlis perwakilan pelajar UIAM dan seluruh kampus secara amnya.


Pada pendapat sy, lazimnya, kriteria yang mungkin dipilih mungkin berdasarkan "kehenseman atau kecantikan calon, semangat kenegerian, kelab, kebolehan dan perwatakan calon, pengalaman dalam mengurus program, kawan2 karib, parti politik dan sebagainya.

Rata-rata inilah jawapan yang diberikan oleh kebanyakan pelajar di uiam dan mungkin faktor diatas adalah releven,namun persoalannya, ada juga mereka yang membabi buta memilih pemimpin. hanya bila tiba waktu2 tertentu, baru mereka hendak ambil tahu ape itu SRC secara umumnya, dan bila plihanraya kampus diadakan. 


Kita lihat, Ramai warga uiam sendiri amat kurang dengan kesedaran mengundi.Tahun lepas sahaja, secara amnya hanya 60 peratus sahaja yang turun mengundi mengikut statistk membunag undi di semua kuliah di UIAM.

kembali kepada tajuk asal, apakah ciri kepimpinan yang dicari oleh mahasiswa secara spesifik? Bagi saya sendiri, ramai akan memilih calon berdasarkan kawan-kawan,mini poster tercantik, manifesto dan berbagai lagi. Namun kita lupa ciri yang yang disebut dalam quran :



Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (Qasas : 256)


Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Yusuf : 55)

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (An-Nur : 55)
Maka dapat saya simpulkan disini bahawa kriteria memilih pemimpin adalah :

1.Surah qasas : 26 "Qawiyun Amin" kuat dan dipercayai
2.surah yusuf : 55 "Hafizun Alim" pandai m'jaga & m'ngetahui
3.Annur : 55 "Layumakkinanna lahum dinahum" mengembangkan agama (islam)

berapa banyakkah pemimpin masa kini yang menitik beratkan hal sedemikian diatas? adakah beliau (calon) layak dipilih jika tiada kriteria diatas? tidak sama sekali. sejarah quran membuktikan nabi yusuf a.s meminta jawatan yg diOffer kepadanya sebagai pemegang perbendaharaan negara negeri mesir, kerana apa? kerana nabi yusuf merasakan beliau Hafizun alim. nabi musa a.s meletakkan syarat kuat dan dpercayai untuk memilih pekerja yang mantap. Adakah pernah kita terfikir? dan cukupkah calon yg tidak membawa agenda islam perlu diambil tahu? sudah tentu ya berdasar point ketiga yang saya tulis diatas.

dalam memilih pemimpin,ada satu kaedah fiqhiyyah yang berbunyi :

Ma la yatimmul wajibu illa bihi fahuwa wajib
"Jika suatu kewajiban tidak sempurna kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu wajib juga hukumnya."

berkaitan dengan kaedah diatas, sebagai contoh, apabila hendak solat, kita perlu berwuduk, tidak akan ada solat melainkan dengan berwuduk, dan wuduk menjadi wajib walau pada asalnya ia sunat. Jadi memilih pemimpin yang baik terutama dari segi akhlak dan tujuan perjuangannya amat penting dalam menentukan hala tuju pelajar secara amnya. tiada pemimpin di peringkat kampus tanpa 3 ciri diatas hancurlah sesuatu badan pelajar.

Walaupun dilihat di kulliyyah AIKOL sahaja,kita lihat kecil je pemimpin ni. Ianya lebih bersifat kampus, namun kewajipan mengundi perlu dilaksanakan. Perlu ada kesedaran. Mahasiswa perlu ada hak untuk mengetahui siapa calon yang perlu anda undi.


Didalam buku fiqh daulah karya Yusuf Qaradhawi, fatwanya menyebut :

Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud,
"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."
Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,
"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."
"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)
Oleh yang demikian saya menyeru sahabat2 untuk menilai kembali bahawa, memberikan kesaksian dalam memilih pemimpin sepatutnya telah sebati dalam kehidupan seharian kita. janganlah kita menganggap ini suatu tugas yang remeh. Memilih pemimpin yang baik juga adalah arahan dari Allah ta'ala sebagai amanah diletakkan diatas bahu kita. Hakikatnya sahabat2 
KITA JUGA ADALAH PEMIMPIN!

~from aikolian to aikolians~

Friday, January 20, 2012

Fikir pun dapat pahala


Baru2 ni saya membeli solusi majalah solusi keluaran lama edisi 20 semasa jualan telaga biru di kl sentral 3 bulan yg lalu. ini majalahnya :


Disini saya nk kongsikan sedikit hasil pembacaan saya dan ringkasan yang saya boleh buat.

Kita lihat dalam quran, Allah swt dah ajar dah kita cara2 yg paling BEST! utk ingat allah. contohnya allah sebut dalam surah al-imran ayat 191 :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring"

Sebut nama Allah secara automatik dapat pahala....

Berfikir tentang allah, berfikir tentang kejadian allah dapat pahala....

free2 je dapat pahala

bila sebut pasal fikir, kita mesti akan ingat otak. Dalam kehidupan seharian, kita tak sebut otak tapi kita panggil akal. kalimah "aql" diambil dalam bahasa arab. Akal seringkali dikaitkan dengan sifat atau kelebihan manusia berbanding makhluk2 allah yg lain. Untungnya manusia dapat akal. ce kalau xde akal, xtau la manusia ni macam mana.

So, allah kurniakan kita kelebihan berbeza dengan terutamanya dengan makhluk hidup seperti binatang. Binatang xde akal so binatang xboleh berfikir. berfikir adalah sifat manusia yg plg tinggi dan mulia.

Indahnya nikmat akal atau berfikir allah bagi kt kita suruh kita ni berfikir tentang kejadian allah bukan fikir allah tu macam mana rupa dia sebab allah xminta kita fikir bulat2 zat allah seperti mana dalam hadith masyhur rasulallah s.a.w bersabda :

"berfikirlah kamu pada tanda kekuasaan allah, dan jangan kamu berfikir mengenai zat allah kerana kamu tidak akan dapat menguku batasnya"

Juga bukan berfikir tentang benda2 yg melalaikan dan membawa kepada maksiat, jika difikir, maka kita dah salah guna akal kita so free2 pula dapat dosa.

Bagi saya amat mudah utk generate pahala. Cuba kita lihat ayat yang saya tulis diatas, allah dah bagi dah cara2 contohnya kita boleh fikir semasa berdiri, duduk, baring. dalam ayat allah lain, allah sebut dalam surah al-ghasyiah ayat 17

"Tidakkah mereka perhatikan bagaimana keadaan unta diciptakan? dan keadaan langit bagaimana ditinggikan binaannya? dan keadaan gunung ganang bagaimana ditegakkannya? dan bagaimana keadaan bumi dihamparkan?"

Namun persoalannya disini, banyak hari ni antara kita, saya rasa mmg banyak pun dan dah jadi kebiasaan kita, or mmg dah jadi mindset manusia, bila mana nk ingat allah je mesti kena dalam masjid, tengah solat atau pun kat surau.

Lagi satu apa yg saya nampak, allah ni selalu sangat diingati bila mana ditimpa musibah. contohnya satu hari seseorang tu demam, esoknya ada exam, so time ni barulah dia hargai nikmat kesihatan dan barulah dia mengingati allah minta menyembuhkan penyakitnya cepat2.

Pemikiran mengingati allah seperti ini diluarbiasakan! dan diupgrade lagi!

Contohnya, bagi saya sendiri, saya suka mengingati allah bila saya lihat keindahan alam terutamanya burung :

*burung ni burung merbok siam, saya ambil gambar dia di masai, johor di rumah sedara saya. suaranya merdu, berkicau2 bila dipanggil

Tengok burung terbang sambil fikir macam mana allah jadikan burung boleh terbang dapat pahala bro! allah sebut dalam quran surah al-mulk ayat 19

"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung2 yg terbang diatas mereka, (siapakah yg menjaganya ketika) burung2 itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaa) Allah yang maha pemurah. Sesungguhnya Ia maha melihat serta mengetahui akan tiap2 sesuatu"

Mudah je nak dapat pahala, dan mudah juga nak dapat dosa. Dan sahabat2 sekalian, beza nya kita dengan manusia lain atas asbab kita berfikir. Golongan2 pemikir atau pengkaji ni allah MULIAKAN dia dalam quran dengan perkataan "Ulul Albab"

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi golongan ulul albab" [Imran : 190]

Dr danial zainal abidin menjelaskan dalam bukunya Minda super siapa golongan ulul albab :

"Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam"

Jom Jadi Ulul Albab!

Wednesday, December 21, 2011

Election Lawsoc 2011/2012 : Pilih pemimpin bukan pilih biskut


Hakikat biskut dan manusia boleh digambarkan seperti produk yang berbagai2 diluar sana. Ada biskut yang mempunyai inti krim coklat, mahupun vanila, ada juga biskut yang panjang, dan tidak lupa juga ada yang manis dan ada yang masin. Semuanya bergantung pada material bahan pada pembuatannya.

Kita lihat ada biskut yang halal, ada yang haram, ada yg diimport dari europe, ada yang buatan tempatan dan IKS,namun dalam konsep berbagai2 ini wujud satu persamaan yang dinamakan sedap dan tak sedap bergantung kepada si pemakannya.

Persoalan disini, dalam konteks kepimpinan sendiri, terutamanya dalam memilih pemimpin, saya terbaca satu keratan dari buku "Kepemimpinan Al-fateh" karya Muhammad Syaari Abdul rahman menyebut tentang bab 1: kuasa semangat pemuda dan bagaimana kuasa itu dapat dikembangkan dalam proses memilih pemimpin yang mantap

Pemuda seperti sultan muhammad al-fateh perlu kita contohi, beliau amat berkaliber sehinggakan mampu membawa kapal perang melalui gunung2 menyerang kota byzantine dalam hanya berumur 21 tahun!(sebaya saya tu)

di UIAM sendiri, kebanyakan antara kita malu untuk menyatakan diri mereka untuk bertanding, apabila disebut "tak nak bertanding lawsoc ke?" "poyo gler ko bertanding lawsoc" "nak mencapub bertanding lawsoc" "lawsoc bukan ada duit pun, lawsoc politik semata-mata" bahkan ada yg menyalahkan student yg bgai nak rak berpolitik tapi kebajikan pelajar tak dijaga. Bg sy, alasan seperti ini adalah alasan sampah. Mereka yg berkata seperti ini tidak lain hanyalah sebuah tin kosong, xtau apa erti sebenar pemimpin dan tuntutannya dalam islam. dulu rasulallah hantar, lantik dan tauliahkan Muas'ab umair pd perjanjian aqabah pertama utk ajar penduduk yathrib erti islam. Ianya satu tugas dakwah bkn kosong semata2. Begitu juga dengan berorganisasi, tanpa organisasi, anda tak mampu berada keadaan selesa sekarang ini. Apapun sy nk ucapkan tahniah kepada calon2 yang mampu bertanding dan berani bertanding diperingkan AIKOL secara khususnya.

Pada pendapat sy, kriteria yang mungkin dipilih mungkin berdasarkan "kehenseman calon, semangat kenegerian, kelab, kebolehan dan perwatakan calon dan sebagainya yg dirasakan perlu.

Rata-rata inilah jawapan yang diberikan oleh kebanyakan pelajar di uiam dan mungkin faktor diatas adalah releven,namun persoalannya, ada juga mereka yang membabi buta memilih pemimpin. hanya bila tiba waktu2 tertentu, baru mereka hendak ambil tahu ape itu lawsoc dan SRC secara umumnya, dan bila plihanraya diadakan. Warga uiam sendiri amat kurang dengan kesedaran mengundi terutamanya pelajar AIKOL dan politik kampus secara amnya dengan hanya pada tahun lepas, 48 peratus sahaja yang turun mengundi.

kembali kepada tajuk asal, apakah ciri kepimpinan yang dicari oleh mahasiswa secara spesifik, bagi saya sendiri, ramai akan memilih calon berdasarkan kawan-kawan,mini poster tercantik, manifesto dan berbagai lagi. Namun kita lupa ciri yang yang disebut dalam quran :

1.Surah qasas:26"Qawiyun Amin" kuat dan dipercayai
2.surah yusuf:55 "Hafizun Alim" pandai m'jaga & m'ngetahui
3.Annur:55 "Layumakkinanna lahum dinahum!" mengembangkan agama (islam)

berapa banyakkah pemimpin masa kini yang menitik beratkan hal sedemikian diatas? adakah beliau (calon) layak dipilih jika tiada kriteria diatas? tidak sama sekali. sejarah quran membuktikan nabi yusuf a.s meminta jawatan yg diOffer kepadanya sebagai pemegang perbendaharaan negara negeri mesir, kerana apa? kerana nabi yusuf merasakan beliau Hafizun alim. nabi musa a.s meletakkan syarat kuat dan dpercayai! adakah pernah kita terfikir? dan cukupkah calon yg tidak membawa agenda islam perlu diambil tahu? sudah tentu ya berdasar point ketiga yang saya tulis diatas.

dalam memilih pemimpin,ada satu kaedah fiqhiyyah yang berbunyi :

Ma la yatimmul wajibu illa bihi fahuwa wajib
"Jika suatu kewajiban tidak sempurna kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu wajib juga hukumnya."

berkaitan dengan kaedah diatas, sebagai contoh, apabila hendak solat, kita perlu berwuduk, tidak akan ada solat melainkan dengan berwuduk, dan wuduk menjadi wajib walau pada asalnya ia sunat. Jadi memilih pemimpin yang baik terutama dari segi akhlak dan tujuan perjuangannya amat penting dalam menentukan hala tuju pelajar secara amnya. tiada pemimpin di peringkat kampus tanpa 3 ciri diatas hancurlah sesuatu badan pelajar.

Walaupun dilihat di kulliyyah AIKOL sahaja,kita lihat kecil je pemimpin ni. Ianya lebih bersifat kampus, namun kewajipan mengundi perlu dilaksanakan. Perlu ada kesedaran. Mahasiswa perlu ada hak untuk mengetahui siapa calon yang perlu anda undi.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata, penyertaan dalam pilihan raya telah menjadi satu kewajipan agama berdasarkan realiti keadaan semasa. Beliau turut memberi amaran kepada rakyat untuk turun mengundi dan meminta mereka untuk menyokong calon-calon yang terbaik. Beliau juga menyeru pada penunjuk perasaan untuk turut hadir mengundi dan kembali membantah selepas proses pengundian tamat.

Ingat, konsep biskut, pemimpin perlu diacu berdasarkan intipati biskut tersebut, jgn hanya terpedaya dengan iklan luaran yang menyatakan biskut tersebut sedap, boleh jadi biskut tersebut, expired, namun produk expired telah dijual dan dibeli, ini akan merugikan mahasiswa sendiri. perlu ada promoter yang menerangkan biskut itu keluaran siapa dan tidak membeli membabi buta.

~from aikolian to aikolians~

Monday, December 5, 2011

Pedulikan "ketidakpuashatian" orang lain yang negatif




Salam Alaik, terus kepada perbincangan. Bagi saya, bila bercakap soal kepuasan, mampu ke kita ni memuaskan dan mengembirakan hati setiap orang? bagi saya, memang tak mungkin langsung dan memang tidak akan berlaku selama-lamanya.

Cuba anda fikir, jika kita asyik nak puaskan hati ramai pihak, nak gembirakan hati ramai pihak, nak bahagiakan hati ramai pihak, bagaimana pula hati sendiri dan hati kita terutamanya dengan Allah?

saya ada beberapa persoalan untuk difikir disini, soalannya senang jawab sendiri, ya atau tidak.

Mana lebih mudah?
1. Memuaskan satu hati atau banyak hati?
2. Mengembirakan satu hati atau banyak hati?
3. Membahagiakan satu hati atau banyak hati?

disini sudah pasti jawapannya adalah lebih mudah memuaskan hati diri sendiri. Tetapi apa pula Syaratnya?

bagi saya syarat memuaskan hati semua pihak adalah dengan memuaskan hati diri sendiri terlebih dahulu. semuanya mesti disertakan dengan niat menolong kerana Allah. cuba anda flashback balik sirah nabi s.a.w, dulu ramai xpernah puas dengan dakwah yang rasulallah bawa. ada yang baling kasut, ada yg memulaukan beliau, usir, hina dan sebagainya bahkan lebih teruk lagi dari apa yang kita rasa sekarang ni.

Bagi saya, hakikatnya, Allah xpernah kecewakan mana2 hati yang bertujuan menolong agamanya. So apakata kita jaga dulu sekeping hati kita dari kita sibuk nak jaga hati org lain dengan buat andaian dan fitnah xtentu pasal, sebab bg sy kdg2 org yang kita cuba jaga hatinya itu belum tentu nak menjaga hati kita terutamanya dalam soal kepuasan kedua2 belah pihak. And then, one thing to ponder Kalau dia tak dapat puaskan hati kita pun, bg sy xmengapa, sebab bagi sy, asalkan dia jgn menyusahkan kita itu sudah cukup lebih dari puas. Pernah anda dengar kisah"Luqman Nur Hakim"?

Situasi 1:-
Satu hari Luqman ingin membawa anaknya keluar daerah, untuk mengajar anaknya tentang satu kehidupan, mereka membawa bersama mereka seekor keldai. Dalam perjalanan itu yang agak jauh itu, Luqman sangat kesihan dengan anaknya, maka dia menyuruh anaknya menaiki keldai itu, sementara dia pula berjalan dan memegang tali di leher keldai tersebut, sampai di satu kawasan yang mereka lalui, luqman dan anaknya terdengar satu kata-kata sini "Ish kurang hajar betul, anak dia duduk atas keldai manakala bapa pulak berjalan kaki, apa punya anaklah mcm ni." Maka Luqman menyuruh anaknya berjalan dan dia menunggang keldai tersebut.

Situasi 2:-
Sampai pula di satu kawasan yang mereka lalui, luqman tidak terlepas dari menerima kritikan, "Sampainya hati bapa dia, dia sedap-sedap naik keldai, anak dia pula disuruhnya berjalan" Maka Luqman mengambil keputusan untuk menunggang keldai itu bersama-sama dgn anaknya, maka naiklah dua beranak itu keatas keldai tersebut

Situasi 3:-
Sampailah luqman ke satu pekan lagi, maka sekali lagi ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati lalu mengkritik Luqman dan anaknya dgn kata-kata "Tak ada hati perut betul dua beranak nie, kesian keldai tersebut terpaksa membawa 2 orang sekaligus" maka sekali lagi Luqman dan anaknya turun dari keldai tersebut.

Situasi 4:-
Maka berjalanlah mereka berdua bersama-sama dgn keldai. Sehinggalah sampai ke satu lagi daerah mereka di kecam dgn panggilan bodoh. Kenapa? Kerana orang-orang disitu mengatakan "Betapa dungu dan bodohnya dua beranak ini kerana ada mempunyai keldai tetapi dinaiki, sebaliknya berjalan bersama-sama keldai, kalau mcm itu baik tak payah ada keldai kalau tak tahu memanafaatkannya"

Kesimpulannya :- Seperti yang sy katakan tadi, kita tak akan mampu nak puaskan, bahagiakan, gembirakan hati ramai pihak, so kita buatlah sesuatu untuk menjaga hati kita sendiri. saya rasa anda tahu apa perlu anda buat. So, nak jaga hati sendiri kena sucikan hati tu dulu dari sifat2 iri hati, buruk sangka dan sebagainya. Paling penting, hayatilah intipati hadith dibawah ini yang saya rasa ini adalah jawapan pokok kepada segala masalah, ;)


Rasulallah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Saturday, October 1, 2011

Solat kat dalam air pun boleh






Solat adalah tiang agama dan kekuatan iman kita. XSolat bermakna iman anda tak kuat dan tiang agama anda automatik akan runtuh. Nak ke agama anda runtuh? mesti la xnk kan.

Alhamdulillah, entry kali ini berkisar tentang keadaan solat. Bila anda membaca dengan lebih dalam tentang bab solt, anda boleh lihat, bagaimana solat ni boleh dilakukan dimana sahaja tidak kira dimana anda berada.

contohnya dalam perang peperangan, di tengah jalanraya, tengah sibuk2 traffic jam, dalam hutan (kot tgh jungle trekking), time hujan , basah2, di tangga rumah,sekolah, univerisiti (UIAM mempunyai tangga yang besar, di dalam kenderaan yang bergerak , dalam flight, di pantai, dalam laut pun boleh apatah lagi tengah menyelam dalam laut.

Tetapi satu je anda tak boleh lakukan iaitu meninggalkan solat. ;) bagi yang terlupa, atau tertidur, mereka wajib menqada'kan solat mereka apabila mereka ingat seperti mana dalam firman allah, mereka tidak meninggalkan solat dan segera melakukannya sepertimana dalam hadith menyebut:

Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala (s.w.t) telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Muslim)

Dan satu perkara lagi anda tak boleh lakukan iaitu melambatkan solat. Saya teringat satu shiekh yang mana saya sempat bertalaqqi bersama beliau, beliau menyebut :

"Melambat-lambatkan solat sehingga akhir waktu kalau diukur melalui hukum fiqah adalah sah, tetapi kalau dari segi tasauf yakni melalui pendekatan ilmu taqwa hubungan kita dengan allah, solat anda seolah2 tidak ikhlas kerana allah ta'ala"

Allahu rabbi, jauhkan ak dr perasaan tak ikhlas yang boleh mencampakkan amalanku daripada memasuki syurgamu. :'(

berbalik kepada tajuk, kadang2 saya lihat, terutamanya penduduk kampung, mereka yang kurang mengenali islam, apabila sebut pasal solat, semestinya kena dilakukan di masjid,surau, rumah dan ianya memerlukan tempat khas.

memang tidak dinafikan solat di masjid mempunyai pahala yang sangat lebih, lebih2 lagi jika solat berjemaah.

Tetapi dari sudut lain sebenarnya, islam tu mudah, datang memudahkan manusia. Solat juga boleh dilakukan dimana sahaja asalkan tempat itu suci daripada najis. contoh yang significant :

*shikeh muzaffar solat kt angkasa lepas

*pak cik ni pula solat di dalam swimming pool

*solat kt atas papan

*solat atas salji dan macam2 lagi.

*Mamat ni solat kt batu celah2 air terjun

*Dier ni plak solat kt atas boat..

Bagi saya, nak solat ni seribu daya dan xnak solat macam2 alasan boleh bagi. alarm xbunyi la. ada konsert la, ada game kena settlekan la..dan sebagai-bagai.

saya terkesan dengan sabda rasulallah s.a.w :

"Beza di antara orang Islam dengan orang kafir ialah meninggalkan solat".

"pencuri yang paling besar sekali ialah si pencuri solat"

Akhir kalam, marilah sama2 kita berdoa "Ya allah, berilah kami kekuatan untuk bersolat dan solat diawal waktu dan berjamaah agar kami tidak disamakan dengan orang-orang musyrikin dan tidak diklasifikasikan sebagai pencuri dalam sembahyang. amiinn. ;'(

Langkah Tercipta [UNIC]


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Tuesday, September 6, 2011

Hari raya : Merindui Ramadhan dengan berpuasa 6




Ramadhan dah pun pergi dan kini Syawal telah datang, walaupun dah nak masuk pertengahan bulan syawal, saya nak juga wish selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat islam, ampun kan salah dan silap saya. :)

Alhamdulillah, kita baru je lalui tarbiyah bulan ramadhan. bagi sesetengah manusia, habis je bulan ramadhan, mereka pun kembali kepada kehidupan seperti biasa tanpa mengoptimumkan ibadat mereka. Bagi saya, tarbiyah bulan ramadhan tak boleh terhenti setakat disini je. Ia mestilah diteruskan tidak kira bulan apa sekalipun. kalau lah ibadat kita terhenti sampai bulan ramadhan je, maka mana penerimaan amal ibadat kita pada allah? cuba anda fikirkan? saya manage utk mencari hadith ni yang mana rasulallah s.a.w menyebut :

“Sesungguhnya setiap amalan perlu aktif dan setiap keaktifan adakalanya berlaku saat kemerosotan. Justeru barangsiapa semasa saat kemerosotannya kembali kepada sunnahku, maka dia memperolehi petunjuk tetapi barangsiapa semasa saat itu kembali kepada yang lainnya, maka ia pasti akan sesat”

Bukan senang allah nak bagi petunjuk especially bulan ramadhan. hidup kita perlu sentiasa aktif dan bukan untuk merosot, kalau la kita dulu suka mengumpat, mencerca, menipu, khianat. time bulan ramadhan kita stopm then tiba2 kita sambung balik pada bulan syawal, maka tak da maknanya anda beribadat hanya pada bulan ramadhan.

Rugilah kawan2 kita dah sama2 merasai kemanisan air mata dan kelazatan munajat yang merupakan saat yang paling bahagia bagi kita dengan tuhan kita. last2 kita kembali kepada kehidupan manusia normal. (tertipu rupanya kita ni, iskh3)

Kalau anda dibulan ramadhan selalu berzikir, qiyam, puasa, sedekah, tilawah, anda patutnya teruskan! janganlah tinggalkan nikmat ibadat tu. Ruginya ya allah. :'(

Sekarang ni allah bagi lagi kita peluang untuk puasa 6, semua orang tau puasa 6, hatta lagu senario pun suruh puasa 6. kita tengok Rasulallah s.a.w sebut :

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim)

Wow, jangan main2, puasa setaun tu, saya pun belum tentu dapat berpuasa 365 setahun.cuba anda fikir, dalam hadith saya quotekan diatas, Allah certainly dah bagi petunjuk yakni (keaktifan tanpa penat lelah) untuk kita senang melakukan ibadat nak2 time bulan ramadhan . Ringan betul kaki nak ibadat nak g terawikh. Bila dah habis ramadhan, mana pergi semua solat terawikh ibadat2 kita yang lain? Kejap je allah tarik balik nikmat beribadat, apa yang kita perlu buat selepas ramadhan?

*semasa saya beraya di singapore, terlihat dua buah keluarga lengkap berpakaian raya, menanti bas untuk beraya. Unik. (sekadar gambar sampingan)

So bagi saya sendiri, bila mana kita nak berterima kasih pada allah sebab dah bagi kita ganjaran pahala yang bertubi2, nikmat beribadat pada bulan ramadhan, kita patut melazami or istiqamah sesutu perkara dan buat lagi perkara yagn mendapatkan pahala.

Saya terbaca kata2 anak murid Imam hambali :

"tanda penerimaan sesuatu ibadah ialah kecenderungan melakukan ibadah seterusnya, orang yang menggantikan nikmat taufik puasa di bulan Ramadhan dengan melakukan maksiat selepasnya, maka sebenarnya dia seperti orang menukarkan nikmat Allah dengan kekufuran"

Ya allah, buat maksiat je bermakna kita dah tukarkan nikmat beribadah pada bulan ramadhan dengan kekufuran. Minta dijauhkan.

Untuk "kickstart" pada tahun ini bagi saya sendiri, walaupun kita dah bersenang2 berhari raya, apa salahnya kita puasa 6 pada bulan syawal kali ni. kenapa? bagi saya, ianya adalah bukti kesyukuran yang amat terindah bagi orang berpuasa kepada Allah. Sebab apa pula (byk sungguh persoalan)? sebab allah sayang kan hambanya, dia bagi kita keringanan tulang pada kita berpuasa pada bulan Ramadhan untuk berlumba2 mengejar kebaikan. (fastabiqul khairaat)

Kawan2ku sekalian, antara yang mendekatkan seorang hamba dengan Allah ialah pada bulan Ramadhan dan ianya tak dinafikan tambah2 lagi dengan malam lailatul qadar. tapi keakraban itu tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan, bahkan masih kekal selagi seseorang hamba itu hidup.! Puasa 6 selepas hari raya menunjukkan kembalinya kepada keinginan untuk berpuasa dan secara amnya beribadat. Percayalah.

Habis puasa 6, anda plan la ibadat2 lain yang lagi power dan meletop. yang penting semuanya mesti istiqamah.. jom kutip duit raya lagi.. hehe :)